Mengenai Kami
W.Rafidah W.Husain & Co mempunyai falsafah dan dasar untuk tidak bertolak ansur dan berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam segala aspek dan bekerja secara bijaksana. Firma ini juga yakin dalam mengekalkan kualiti kerja, kecekapan, kepantasan dan pada masa yang sama tidak menjejaskan kualiti perkhidmatan undang-undang yang disediakan.
Firma itu dikendalikan oleh perkongsian yang berkebolehan dan berpengalaman yang mempunyai banyak pengalaman dalam industri undang-undang dan disokong oleh kakitangan yang memberikan perkhidmatan yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Walaupun baru ditubuhkan, perkongsian ini membawa bersama mereka pengalaman daripada firma-firma lain. Kami berazam untuk memastikan kami berjaya pada semua yang kami usahakan. Dengan semangat juang yang kami ada, kami akan pastikan anda akan diberi nasihat dan kaunseling secara profesional, dengan bantuan dan sokongan kakitangan kami.
MAKLUMAT RAKAN KONGSI
WAN RAFIDAH WAN HUSAIN
Wan Rafidah Wan Husain dilahirkan dan dibesarkan di Tumpat, Kelantan. Telah mendapat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa pada tahun 2003. Beliau telah diterima masuk sebagai peguam oleh Mahakamh Tinggi Malaya pada 2004. Selepas menamatkan pengajiannya di UIA, beliau telah menjalani latihan selama sembilan (9) bulan di Nordin Torji & Yussof Ahmad. Kemudiannya beliau telah menyertai firma Kam Woon Wah & Co sebagai peguam yang mana potfolionya ialah menjalankan kes melibatkan kes-kes sivil dan bank di Mahkamah.
Pada tahun 2006 beliau telah menerima tawaran untuk berjhidmat dengan firma Soraya Chuah & Associates sebagai peguam yang juga ditugaskan untuk menyelesaikan kes-kes sivil melibatkan bank termasuklah kebankrapan, lelong, penutupan syarikat dan juga prosiding-prosiding lain. Selepas itu, pada tahun 2008 beliau telah bersetuju untuk menerima tawaran dari Tetuan Rashidah Muzafar & Azwar dan bertindak sebagai peguam dibahagian hartanah (conveyancing). Beliau seterusnya berpindah untuk mencari pengalaman menguruskan kes Indah Water Konsotium dengan menerima tawaran dari firma Ravi Shangar & Associates. Dari sana, beliau telah mendapat kekuatan untuk menubuhkan firma sendiri pada tahun 2011 iaitu W.Rafidah W.Husain & Co.
Beliau mempunyai tujuh (7) pengalaman dalam menguruskan kes-kes sivil yang melibatkan kes-kes di mahkamah iaitu kes-kes tuntutan bank, kes lelong, kebankrapan, kecederaan kemalangan, Indah Water dan lain-lain.
Pada masa yang sama, beliau berpengalaman di dalam kes hartanah di mana beliau telah banyak menguruskan kes jualbeli rumah dan kedai (Subsale). Menguruskan kes pemaju di ‘The Serai’ at Jalan Segambut, Kuala Lumpur dan juga kes-kes yang melibatkan perjanjian lain.
NOORHAFIZA IZURA BINTI AB LLAH
Noorhafiza Izura Binti Ab llah dilahirkan dan mendapat pendidikan awal di Pasir Putih, Kelantan. Beliau juga merupakan lulusan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan telah dikurniakan dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (kepujian).
Beliau tlah menamatkan tempoh percubaannya di Tetuan Arun & Co. Kuala Lumpur pada tahun 2004 dan meneruskan tugasnya sebagai peguam di firma tersebut sehingga tahun 2007.
Pada tahun 2008, beliau telah menyertai firma Harcharan S Sidhu dan telah menguruskan kes-kes sivil berkaitan dengan kes bank, Sewa Beli, kebankrapan dan lelong. Beliau kemudiannya telah menerima tawaran dari Tetuan Hisham Yoong K.C.Lim sebagai peguam di sana.
Keseluruhannya beliau mempunyai banyak pengalaman di bidang undang-undang sivil dan telah menguruskan kes sehingga ke Mahkamah Rayuan berkaitan kes tuntutan bank (General/Banking Litigation, Accident, Family matter, drafting Summons, defence, reply and Counter Claim, obtaining Judgment in default, attending and conducting hearing interlocutory application such as Summary Judgment, Striking out, Injunction, Stay of proceeding).